Kubah Besi

Kubah Besi (Bahasa Ibrani: כִּפַּת בַּרְזֶל‎, kippat barzel) ialah sejenis sistem pertahanan udara mudah alih pelbagai cuaca[1] yang dibangunkan oleh Sistem Pertahanan Lanjutan Rafael dan Industri Aeroangkasa Israel.[2] Sistem pertahanan ini direka agar dapat memintas serta memusnahkan roket julat dekat dan selongsong meriam yang ditembak dari jarak 4 kilometer (km) sehingga 70 km dan bedilan yang mampu mencapai kawasan Israel yang berpenghuni.[3] Israel merancang mahu meningkatkan lagi julat pintasan Kubah Besi daripada 70 km sehingga 250 km serta mempelbagaikan lagi keupayaannya agar mampu memintas roket dari dua arah yang berlainan secara serentak.[4]